Sistem tiket insuran kereta & cukai jalan


Perkhidmatan ini hanya dibuka untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta Malaysia sahaja. Harap maaf, kami tidak boleh memperbaharui cukai jalan negara lain. Bagi memenuhi segala permintaan memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta anda kami menggunakan sistem tiket MYroadtax.

Setiap permohonan memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta anda akan di tag dengan satu nombor ID tiket yang unik. Sila simpan nombor ID tiket anda untuk menyemak status permohonan. Setiap tiket akan dikendalikan oleh seorang pegawai atau konsultan kami dan keutamaan akan diberi kepada pelanggan yang memperbaharui cukai jalan dengan insuran kereta selama setahun.

Keistimewaan sistem ini adalah anda boleh memperbaharui cukai jalan orang lain jika anda ada dokumen yang berkaitan dan dengan persetujuaan pemilik kenderaan. Anda tidak perlukan geran asal kereta yang disimpan di bank.

Anda hanya perlu sediakan:

  • alamat e-mel yang sah untuk pendaftaran
  • salinan geran atau fotokopi geran mana-mana tahun.
  • salinan muka depan mykad sahaja

Tiada salinan geran? Anda boleh:

  • telefon pihak bank minta e-mel atau faks salinan geran
  • guna nota perlindungan insuran (cover note) tahun lepas

Cara mohon insuran kereta & cukai jalan baru:


1. Ambil tiket baru untuk buat permohonan cukai jalan dan insuran kereta.

2. Isi borang permohonan dengan lengkap. Rujuk maklumat daripada salinan geran atau nota perlindungan (cover note) insuran tahun lepas.
3. Hantar salinan geran atau nota perlindungan dan muka depan mykad jika perlu dengan cara berikut:
  • muat naik dalam sistem tiket (format jpg, png atau pdf)
  • hantar ke e-mel sales@myroadtax.com (format jpg, png atau pdf)
  • hantar ke 019-283 9090 guna aplikasi WhatsApp
Sila pastikan salinan dokumen anda jelas dan terang dan tertera nombor ID tiket. Kalau boleh kurangkan saiz fail bawah 4MB.

4. Tunggu sebutharga daripada pihak kami.

5. Jika bersetuju, bayar kepada akaun syarikat berdaftar kami.

6. Hantar notifikasi bayaran menggunakan sistem, e-mail, sms atau WhatsApp.

7. Hantar bukti bayaran dengan cara sama seperti diatas, jika perlu.

8. Cukai jalan akan dihantar dengan khidmat Pos Laju selepas pegawai akaun kami mengesahkan bayaran anda.

Senang sahaja bukan?


Sudah ramai pelanggan kami yang berpuas hati dengan perkhidmatan perbaharui insuran kereta dan cukai jalan kami ini. Kami sudah beroperasi semenjak tahun 2013.Sila rujuk testimoni pelanggan kami jikalau anda tidak percaya. Senarai itu sedikit sahaja berbanding urusan transaksi dan testimoni pelanggan sebenar.

Jika anda tinggal berdekatan dengan salah satu cawangan kiosk MyEG kami, anda boleh pilih untuk ambil sendiri cukai jalan bila siap. Sila buat pilihan di bawah sekarang:


Ambil Tiket Cukai Jalan Baru


Buka tiket baru untuk memperbaharui cukai jalan atau untuk berbicara dengan pegawai kami. Isi borang dengan cermat bagi memastikan pegawai kami senang membantu dan melayan anda. Untuk kemaskini tiket sebelum ini, anda perlu login ke akaun.

Tiket Baru

Semak Status Tiket Cukai Jalan


Jika anda sudah ambil tiket sebelum ini, sila semak status permohonan cukai jalan anda. Anda boleh berhubung dan berbicara dengan pegawai kami dan semua rekod akan disimpan untuk kesenangan anda dimasa hadapan.

Semak Status

Harap Bersabar

Sila tunggu sekejap, tolong jangan tekan butang navigasi ke belakang!